OLEH : ANNA TAN
TAWAU – PAS Cawangan APAS telah mengadakan program ziarah sambil menyampaikan bantuan sumbangan kepada golongan asnaf pada 23 hb Februari, di sini , semalam.
Program yang di namakan ZIARAH ASNAF PAS CAWANGAN APAS tersebut merupakan kali pertama diadakan bagi sesi 2019.
Ketua Program Ziarah Asnaf PAS Apas, Ustaz Munzier Mahmud berkata program kali ini telah disertai oleh AJK Pemuda dan Muslimat PAS Apas termasuk guru-guru PASTI Nurul Falah Kg Titingan dan PASTI Nurul Izzah, Jalan Saddani.
Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Cawangan Apas berkata antara bantuan yang disampaikan adalah barang keperluan dapur seperti beras, gula , minyak makan, tepung dan telur.
“Kita juga akan mengadakan program seumpama ini di tempat-tempat lain untuk membantu masyarakat golongan yang memerlukan demi mengurangkan sedikit beban yang mereka tanggung.
“Selain itu, kita berharap agar masyarakat Tawau dapat mengenali PAS sebagai sebuah parti yang bukan sahaja wujud masa pilihan raya tapi sebuah parti yang sentiasa membela kebajikan rakyat.”
Dalam program tersebut , seramai 10 orang penerima telah terpilih terdiri dari anak yatim , OKU dan miskin.