Oleh :Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Kemenangan PAS di dalam Pilihan Raya Umum ke 14(PRU14) adalah pertolongan Allah dengan menjadikan masalah dalaman musuh, Umno-BN di dalam keadaan amat bermasalah.
Ketua Penerangan PAS Dungun, Cikgu Alias Harun berkata di samping menggerakkan kerja-kerja pilihan raya seawal selepas gagal membentuk kerajaan di PRU13.
“Saya tidaklah menafikan kerja-kerja keras petugas-petugas kita, kalau di DUN Rantau Abang, petugas melaksanakan apa yang telah dirangkan oleh Jabatan Pilihan Raya negeri,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis taklimat mengalu-alukan kehadiran rombongan Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Johor(JPRNJ) yang tiba di Dungun pada 15 Februari.
” Di samping munajat, solat hajat dan sentiasa bangun malam, menjadi kekuatan dengan Allah menjadi tempat kita mengadu,” sambungnya.
Manakala ketua rombongan, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Johor, Rosman Kemin, berharap agar ahli rombongan seramai 80 orang itu setelah balik nanti tanpa berlengah memulakan kerja – kerja untuk kemenangan PAS di Johor.
” Kita sampai 5.00 pagi hari khamis, selepas itu menyertai berbagai taklimat motivasi dan gerak kerja pilihan raya, kita dah kena ‘start’ buat kerja, sebab kita sangat berhasrat nak PAS memerintah Johor,” tegasnya.
Menurutnya, lawatan selama tiga hari, JPRNJ ke Terengganu adalah untuk mempelajari dan berkongsi gerak kerja yang dilaksanakan oleh Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Terengganu sehingga berjaya menerajui pemerintahan Negeri Terengganu.