Home Berita PAS Perak

Nisa Bukit Gantang : Khalifah Journey pupuk akhlak remaja Trong

875
SHARE

10 Disember : Hari ini banyak terpapar di dada akhbar suatu isu yang sedang hebat diperbincangkan iaitu masalah sosial dalam kalangan remaja yang berleluasa dan amat meruncing.
Remaja generasi hari ini terpaksa berdepan dengan perkembangan kemajuan teknologi siber yang semakin pesat.
Bagi mengelakkan perkara ini memudaratkan,program khalifah Journey telah diadakan bagi membendung perkara ini berlaku.

Program kali kedua ini adalah anjuran Nisa Bukit Gantang dengan kerjasama Iqmal Consultancy telah diadakan pada 10 Disember yang lalu bertempat di Masjid Nurul Hidayah , Sungai Bemban Trong.

Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan melibatkan penyertaan pelajar berumur 10 hingga 15 tahun seramai 113 orang.

Antara aktiviti yang diadakan adalah ‘Ice Breaking’, Stop , Don’t Touch Me , Sama Tapi Tak Serupa , Akal Sihat Badan Cergas dan Malu dan Tak Mahu .

Dalam aktiviti ini telah ditekankan bab ikhtilat (pergaulan) batas-batas aurat dan juga aspek kebersihan melibatkan aspek mandi wajib, haid, mani, mazi dan lain-lain lagi.

Program yang bermula pada pukul 8 pagi berakhir kira-kira pukul 5 petang.