Home Berita PAS Pulau Pinang

Isu Tanah Runtuh : Kerajaan Negeri Perlu Lebih Bertanggungjawab

1026
SHARE

Jabatan Professional Muda, Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (JProPEN) menggesa agar Kerajaan Negeri Pulau Pinang menunjukkan komitmen untuk bertanggungjawab berkaitan tanah runtuh yang berlaku.

Dalam menjawab soalan di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 13 November 2018, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar, Jagdeep Singh Deo mempertahankan tindakan kerajaan negeri daripada dipersalahkan atas isu tanah runtuh.

Walau bagaimanapun laporan jelas menyatakan bahawa Projek Bukit Kukus telah dilaksanakan tanpa kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) selepas mengecualikan pandangan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang.

Bagaimana projek yang berisiko tinggi ini tidak diurus dengan cara yang professional sebelum perlaksanaannya.

Sepatutnya tindakan pencegahan perlu dilakukan dengan lebih serius dan bukan mengambil kesempatan di atas kelemahan yang ada dalam sesuatu prosedur kelulusan projek.

Tragedi Granito yang melibatkan kematian 11 orang di Jalan Permai, Tanjong Bungah tahun lepas juga melalui pengecualian terhadap pandangan JAS.

Kejadian Bukit Kukus yang mengulangi kesilapan Tragedi Granito adalah bukti sikap kerajaan negeri yang tidak bertanggungjawab dan terus degil dengan tidak menghiraukan nasihat daripada pelbagai pihak.

Bagi pihak JProPEN kami membantah semua projek yang melibatkan cerun bukit dan kami menyokong cadangan ADUN Penaga dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Penang Forum, Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) agar rancangan pembinaan dua buah hotel di puncak Bukit Bendera dihentikan.

Terima kasih.

Muhammad Zikri Ismail
Pengarah
Jabatan Professional Muda DPPN Pulau Pinang (JproPEN)
15 November 2018