UNDER THE MOONLIGHT – 5
Tiada siapa yang lebih faham…
PAS membina kekuatannya melalui program tarbiyyah, pelbagai nama program yang dianjurkan, Usrah, Ijtima Tarbawi, Liqa Fikri, Kuliah Haraki dan banyak lagi, semuanya bersifat mentarbiyyah ahlinya agar memahami tujuan dan marhalah perjuangan PAS.
Al Qur’an, Hadis2 Rasulullah saw dan menelusuri perjuangan Rasulullah swt, para sahabat serta perjuangan umat terdahulu melalui kitab-kitab sirah yang menjadi teks usrah dan program tarbiyyah sangat membekas dan mencetuskan semangat berkorban demi Islam.
Kefahaman terhadap ilmu menjadi keutamaan. Pimpinan PAS tidak pernah henti-henti mengadakan program tarbiyyah untuk memberikan kefahaman kepada ahlinya kerana sabda Nabi saw:
من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين
“Barangsiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah, maka Allah akan memahamkannya dalam urusan agama.” (HR. Bukhari)
Kefahaman agama mencetuskan kesanggupan untuk berkorban demi agama, sentiasa terdorong padanya oleh Allah swt untuk melakukan kebaikan dan sentiasa pula dirinya berada didalam kebaikan didunia dan Akhirat melalui amalan yang diperintahkan oleh Allah swt.
PAS menjadi Madrasah yang mendidik ahlinya dengan Ilmu, pernah seorang yang menyerang saya “ingat PAS ni baik sangat?”, saya katakan “terpulang apa jua tanggapan orang tapi saya yakin dengan apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw bahawa kefahaman ilmu akan mendatangkan kebaikan kepada manusia didunia dan Akhirat”.
Inilah yang dilakukan oleh pimpinan PAS siang dan malam, mentarbiyyah ahlinya dengan ilmu dan hanya PAS parti yang membina kekuatan Partinya dengan kefahaman ilmu. Dengan kefahaman inilah kami yakin , dengan keyakinan ini kami istiqamah berjuang dan kami yakin inilah kebaikan bagi kami didunia dan akhirat.
Malam ni Ijtima Tarbawi ‘Keluargaku Ahli PAS untuk PAS Maran, jom !!! bawa keluarga, tiada siapa yang lebih faham dari orang yang menuntut ilmu, biar isteri, anak2 dan zuriat kita faham bahawa perjuangan Islam ini tidak akan terhenti dengan sebarang sebab kecuali mati, Sabda Nabi saw:
❺ وَالْجِهَادُ مَاضٍ مُنْذُ بَعَثَنِيَ اللهُ إِلَى أَنْ يُقَاتِلَ آخِرُ أُمَّتِيْ الدَّجَّالَ لاَ يُبْطِلُهُ جُوْرُ جَائِرٍ وَلاَ عَدْلُ عَادِلٍ
“Jihad akan senantiasa berlangsung sejak Allah mengutusku hingga umatku yang terakhir memerangi Dajjal, ia tidak akan dihentikan oleh kejahatan orang jahat ataupun keadilan orang adil.” (HR. Abu Dawud)
Catatan Ustaz Rosli Abdul Jabbar
Pesuruhjaya PAS Pahang
Adun Tanjung Lumpur