SETIAWANGSA, 8 Januari – PAS Setiawangsa telah menganjurkan program ‘Balik Ke Sekolah’ dalam usaha meringankan beban kewangan ibubapa yang menanggung persekolahan anak di Sek 10, Wangsa Maju pada pagi tadi.
Majlis tersebut yang diadakan dengan kerjasama PAS Cawangan Sek 10 Wangsa Maju, Setiawangsa telah berjaya mengumpulkan pendokong dan penyokong PAS khususnya PAS Wilayah Perseketuan melakukan kerja-kerja kebajikan sebagai satu tanggungjawab PAS yang bukan setakat aktif dalam siasah dan dakwah.
Menurut Ust Ubaid Abd Akla yang merupakan Ketua Pemuda Dewan Pemuda Setiawangsa , pelaksanaan program kebajikan seumpama ini amat bersesuaian kerana ianya berdasar sunnah Nabi iaitu membantu golongan yang susah dan hasilnya dapat meluaskan ruang dakwah Islam PAS dan seterusnya meningkat sokongan masyarakat kepada PAS.
“ Sebanyak 11 keluarga telah diziarahi dan diberi bantuan persekolahan dalam program kebajikan PAS Setiawangsa ini menggambarkan usaha PAS Setiawangsa yang bersungguh membantu masyarakat di Setiawangsa ” Tambah beliau.
Majlis ini juga meriah dengan kehadiran pimpinan PAS Cawangan Sek 10 antaranya Sdr Mohd Yusof Rahuman Shah yang juga AJK PAS setiawangsa dan Sdr Mamat Zainal selain sambutan masyarakat yang amat menggalakkan.
-Jabatan Penerangan PAS Setiawangsa-