Home Berita PAS Wilayah

Di Mana Nilai Sebuah Manifesto

695
SHARE

<<PemudaPASBatuMind#8>>

DI MANA NILAI SEBUAH MANIFESTO

1. YAB Perdana Menteri sekali lagi menegaskan ketika sesi soal jawab lisan di Parlimen Khamis lalu ketika menjawab soalan tambahan daripada YB Khairy Jamaluddin tentang manifesto mana yang akan termasuk dalam kategori “sebagai panduan” semata-mata, jawapan Tun Mahathir konsisten sebagaimana jawapan beliau ketika ditanya tentang pemilihan Speaker Dewan Rakyat bukan di kalangan anggota Parlimen tempoh hari ; “kita tidak anggap manifesto sebagai Al-Quran atau bible” [1].

2. Dolak-dalik dengan manifesto yang terangkum dalam Buku Harapan tiada bezanya dengan konotasi “Janji Dicapati” yang ditujukan terhadap kerajaan terdahulu kerana gagal menunaikan janji-janji manifesto mereka.

3. Tetapi perkembangan kerajaan Negeri Terengganu jauh lebih kemas dan tenang untuk ditelusuri. Kerajaan Terengganu dibawah pimpinan YAB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah melancarkan Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2030 (PITAS) sesuai dengan tema ‘Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera’.

4. Meskipun bukan suatu perbandingan yang adil, “apple to apple comparison”, untuk membandingkan gerak kerja di antara kerajaan pusat dan negeri, tetapi jika dilihat kepada aspek perlaksanaan manifesto dan perancangan masa depan kerajaan negeri Terengganu dengan negeri-negeri dibawah BN dan PH, malah di peringkat persekutuan itu sendiri, ‘ceteris paribus’, nyata sangat jauh berbeza.

5. Pelbagai pandangan dikemukakan terhadap sejauh mana manifesto perlu dituruti oleh pemimpin parti politik yang telah diberi mandat. Dalam menghuraikan ‘Mandates Theory for Manifesto’, Thomas Quinn menyebutkan bahawa manifesto adalah “clear-cut description of the lines of accountability running governments to electors in the Westminster Model” [2].

6. Seorang ahli politik UK pula menganggap manifesto sebagai “a party’s contract with the electorate”. Ia tidak mencapai taraf “legal contract”, tetapi ia adalah “moral contract” bagi sebuah parti yang diberi mandat untuk menunaikannya [3].

7. Namun, sukar untuk dinafikan bahawa tidak semua pengundi peduli atau membaca keseluruhan manifesto parti-parti bertanding sebelum mengundi seperti yang ditunjukkan dalam pilihanraya umum baru-baru ini. Ramai yang berpendapat sentimen-sentimen tertentu lebih menguasai kecenderungan pengundi untuk membuat pilihan.

8. Walau apa pun pandangan terhadap kedudukan manifesto selepas memperoleh mandat, ia tidak dapat tidak sesekali dinafikan bahawa manifesto itu sendiri menggambarkan visi sesebuah parti politik yang menyertai sistem demokrasi. Saya lebih cenderung dengan pendapat sewajarnya manifesto menjadi sesuatu yang mengikat sesebuah parti yang diberi mandat sebagai moral obligasi. Namun, apa yang membimbangkan manifesto yang bersifat kontroversi yang seharusnya wajar mendapat pertimbangan semula.

Rujukan :

[1] Rujuk Hansard Parlimen, 19 Julai 2018, mukasurat 10-11.

[2] Thomas Quinn (2010), Mandates, Manifestos & Coalition.

[3] https://www.bbc.co.uk/news/election-201-32241936

[Ditulis oleh Ustaz Mohd Norhan Hamsi, Ketua Pemuda PAS Batu]

®Diterbitkan Oleh Penerangan Pemuda PAS Batu✓

#politicaltalk
#pemudaPASBatu

LIKE FB PAGE
Pemudabatu.com