Home Berita PAS Wilayah

Pemuda Batu : Hormati & Pelihara Kemuliaan Institusi Parlimen

662
SHARE

<<KENYATAAN MEDIA KETUA PEMUDA PAS BATU>>

HORMATI & PELIHARA KEMULIAAN INSTITUSI PARLIMEN

1. 16 Julai 2018 menyaksikan detik bersejarah buat negara ini, 222 ahli Parlimen yang dipilih oleh 14,940,624 pengundi telah mengambil bahagian mengangkat sumpah di dalam dewan yang mulia.

2. Sejarah telah terukir dengan pertukaran parti pemerintah yang bakal mentadbir kerajaan Malaysia dengan pembawaan yang baru tersendiri oleh Pakatan Harapan (PH).

3. Kini Barisan Nasional (BN) bukan lagi di pihak kerajaan, sewajarnya doktrin minda rakyat oleh BN selama ini turut perlahan-lahan beransur hilang. Ianya perlu dibersihkan dengan pembentukan pentadbiran yang lebih harmoni ke arah merealisasikan amalan demokrasi yang matang dan sejahtera.

4. Namun detik bersejarah tercemar dengan isu perlantikan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat yang dipertikai keabsahan prosedurnya. Ia permulaan yang tidak baik bagi sebuah Parlimen di bawah Malaysia baharu dan mencemarkan kemuliaan institusi tertinggi itu.

5. Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu menyeru kepada semua ahli Parlimen Malaysia untuk mengamalkan profesionalisme dan ketelusan dalam persidangan bermula hari ini sehingga sesi terakhir. Sewajarnya reformasi Parlimen diteruskan bagi mengangkat nilai institusi ini di Malaysia. Suara pembangkang juga tidak wajar dikesampingkan tanpa pertimbangan yang adil. Jangan pula kebobrokan dahulu diulang kembali oleh kerajaan yang baru.

6. Kami yakin PAS sejak dahulu dan selamanya akan terus mempertahankan kemuliaan dan kehormatan dewan ini sebagaimana yang dilindungi oleh Perlembagaan Negara.

Sekian, terima kasih.

USTAZ MOHD NORHAN HAMSI
Ketua Pemuda PAS Batu

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1055391381280122&id=138734896279113