Oleh: Haziq Dun
KANGAR: Retreat Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis yang diadakan di Villa Naszman, Derang selama dua hari berakhir semalam , telah berjaya menghimpunkan seluruh exco dewan tersebut.
Menurut ketuanya, Ustaz Muhammad Azmir Azizan, retreat berkenaan diadakan bagi merangka gerak kerja pasca PRU14 DPPNPs.
Katanya lagi, turut difokuskan adalah usaha-usaha ke arah memperkasakan lagi organisasi DPPNPs bagi memastikannya terus menjadi pilihan rakyat negeri Perlis khususnya generasi muda.
“Dalam masa yang sama, penganjuran retreat seumpama ini dapat mengeratkan ukhuwah dan kesatuan (wehdah) sesama kita,” ujarnya.
Sepanjang dua hari, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti, antaranya sesi brainstorming, aktiviti bermodul serta slot perbengkelan.
Perasmian penutup retreat telah disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Azmir Azizan.