Oleh : Muhammad Hadi
KANGAR : Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis telah menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Negeri Perlis bertempat di Kompleks PAS Negeri Perlis (KOMPAS) pada 18 Jun yang lalu.
Program yang bermula pada jam 8.00 malam itu berlangsung dalam suasana penuh meriah, dengan kehadiran para tetamu yang tidak putus-putus.
Pelbagai juadah disediakan, antaranya ketupat, laksa dan aneka masakan bergoreng yang disediakan oleh PAS kawasan-kawasan.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hj. Hashim Jasin, Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis, YB. Mohd. Shukri Ramli, serta ADUN Guar Sanji, YB. Mohd. Ridzuan Hashim adalah antara pimpinan yang turut serta dalam majlis berkenaan.
Turut mencuri tumpuan kehadiran Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Bin Husain dan isteri pada malam tersebut.
Program Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Perlis merupakan program yang diadakan secara tahunan pada setiap kali Aidilfitri.