Home Berita PAS Pulau Pinang

Majlis Guru Pasti Negeri Pulau Pinang Anjur Tadarus Perdana Sempena Nuzul Quran

1052
SHARE

Oleh : LEA BAIDURI

NIBONG TEBAL, 4 Jun : Majlis Guru Pasti (MGP) Negeri Pulau Pinang di bawah unit tarbiyah telah berjaya menganjurkan program Tadarus Perdana Majlis Guru PASTI peringkat Negeri di Masjid Daerah Jawi Seberang Perai Selatan semalam.

Program tahunan yang melibatkan guru-guru Pasti seluruh Pulau Pinang itu mendapat kerjasama yang baik diantara pihak penganjur dan jawatankuasa masjid tersebut.

Ketua Muslimat Pas Pulau Pinang, Ustazah Hasanah Idrus telah menyampaikan tazkirah Ramadan seusai beliau membimbing bacaan khatam AlQuran.

Ustazah Hasanah turut menyeru, jadilah seorang muallim yang mendidik anak-anak generasi Al Quran dan memantap diri dengan tarbiyah serta menjadikan AlQuran sebagai panduan rujukan utama.

Menurutnya, ilmu itu bermula dengan satu titik, iaitu aqidah syariah dan akhlak dan titik itu bermula dengan niat.

Ahli Lembaga Pengarah Pasti Pulau Pinang juga mantan Pengarah Pasti sesi yang lalu, Tuan Hafiz Kassim turut hadir meraikan majlis dan berkesempatan menyampaikan saguhati kepada semua peserta.