Wakil Rakyat PAS Manfaatkan Masa Santuni Masyarakat
SUNGAI RAPAT: Adun Sungai Rapat, YB Radzi Zainon terus mengisi waktu menyantuni rakyat dan masyarakat setempat dengan program yang disusun bagi menyelami denyut nadi rakyat di samping mengenali antara satu sama lain.
Klinik Bergerak Rakyat telah digerakkan oleh Skuad Medic bersama dua orang doktor anjuran Dewan Muslimat PAS Gopeng bagi memberikan khidmat kepada masyarakat tempatan, 20 Mei lalu.
Sekitar 40 orang menerima perkhidmatan yang diberikan seperti pemeriksaan ke atas penyakit berkaitan darah tinggi, jantung dan kencing manis.
Sempena menjelang Ramadhan Skuad Pusat Khidmat Masyarakat bersama YB Radzi Zainon berpeluang menziarahi lima buah keluarga yang menghadapi pelbagai kesulitan dan serta turut menyampaikan sumbangan barangan dapur.
YB Radzi berpeluang minum pagi bersama-sama mesyarakat di Kedai Makan Mak Wan yang menjadi tumpuan masyarakat setempat.
Sekitar 30 orang pengunjung dapat bersua muka dan mengenali lebih dekat dengan wakil rakyat mereka.
Tanggungjawab sebagai wakil rakyat terus membuatkan beliau meluangkan masa menjenguk ke Surau Rahmaniah, Taman Maju Rapat yang ketika itu sedang berjalan program gotong-royong membersih kawasan surau dan sekitarnya.
Radzi telah menyediakan makan tengah hari kepada hampir 50 peserta gotong-royong serta mengedarkan Takwim Ramadan Pusat Khidmat ADUN Sungai Rapat tsepanjang ketiga-tiga program berjalan.
{jathumbnail off}