Home Berita PAS Wilayah

Calon PAS Wangsa Maju Santuni Pengundi

1505
SHARE

Oleh: Muhamad Nur Azmi Yusuf

Wangsa Maju, 21 April 2018 : Calon PAS bagi Parlimen P116 Wangsa Maju, Razali Tumirin terus komited mendekati pengundi melalui Program Santai Bersama Masyarakat yang diadakan di sekitar flat Taman Melati pagi ini.

Program dimulai dengan solat Subuh berjemaah di Madrasah Iktisamiah Taman Melati serta mendengar kuliah subuh anjuran pihak Madrasah.

Seusai kuliah, calon PAS diiringi pasukannya bergerak ke gerai berdekatan untuk beramah mesra dengan penduduk tempatan.

“Saya gembira pelbagai pihak boleh kita dekati dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS)”, ujar Razali yang juga merupakan Yang DiPertua PAS Kawasan Wangsa Maju.

“Dengan bersarapan bersama penduduk setempat, kita dapat menilai sejauh mana penerimaan mereka terhadap perkembangan terkini yang dibawa oleh PAS”, tambah beliau lagi.

Seterusnya Tn. Hj. Razali dibawa pula untuk menghadiri Program Khidmat Cuci Motosikal secara percuma yang dianjurkan oleh Pemuda PAS Wangsa Maju dan diakhiri dengan edaran pelekat motosikal bertulis Amilin116 di luar tapak program tersebut.