Home Berita PAS Wilayah

Edaran Risalah Malaysia Sejahtera di Pasaraya M3 Mall

924
SHARE

Oleh: Muhamad Nur Azmi Yusuf

Wangsa Maju, 18 April 2018 : Jentera Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju meneruskan agenda mendekati para pengunjung di Pasaraya M3 Mall, Taman Melati dengan mengedar risalah Sisipan Harakah serta manifesto PAS untuk PRU 14.

Program yang bermula pada jam 8.00 malam sehingga waktu isyak itu berjaya mengedarkan lebih 200 risalah pilihanraya kepada pelbagai kaum di pasaraya tersebut.

Edaran Risalah tersebut bertujuan memperkenalkan PAS Wangsa Maju melalui jentera pemuda dan memberikan isyarat bahawa PAS pasti bertanding di parlimen tersebut dalam PRU tahun ini.

“Alhamdulillah, edaran berjalan lancar dan respon daripada pengunjung juga Alhamdulillah sangat positif. Bahkan ada yang datang kepada kita mahukan risalah cuma terganggu sedikit kerana hujan”, ujar Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Ustaz Abdul Hadi sebelum beredar dari pasaraya tersebut.

Beliau juga sangat positif akan penerimaan masyarakat setempat terhadap PAS dan calon PAS yang akan bertanding di Parlimen Wangsa Maju dalam PRU14 nanti.