Kuala Lipis – Konvoi kempen PAS Teraju Pahang semalam di kawasan Parlimen Lipis, bermula seawal pagi di DUN Padang Tengku dan berakhir di sebelah petang di DUN Benta.
Kemuncak ialah penyerahan panji / baton kepada YDP PAS Kawasan Raub di Jeram Besu.
PAS Kawasan Raub akan meneruskan kempen tersebut sepanjang hari ini, Isnin 28180115 sebelum menyerahkan baton kepada YDP PAS Kawasan Bentong di Lurah Bilut.
Kembara kempen ini adalah permulaan kepada kempen mengajak seluruh rakyat Pahang untuk membuat perubahan besar-besaran pada PRU14 nanti dengan menolak umno bn dan memberikan peluang kepada PAS untuk menerajui kerajaan Pahang dengan pentadbiran berlandaskan Islam.
SEJAHTERA BERSAMA ISLAM – Rakyat Pahang BOLEH.