Home Berita PAS Wilayah

Santuni Pengundi Putra Ria: PAS Terima Respon Positif

2406
SHARE

LEMBAH PANTAI, 5 April – PAS meneruskan usaha menyantuni para pengundi di sekitar Lembah Pantai menjelang Pilihanraya Umum ke-14 yang bakal tiba.

Kali ini, PAS kawasan telah beramah mesra dan bertemu peniaga serta pengunjung di Pasar Malam Putra Ria Abdullah Hukum.

Suasana meriah diserikan lagi dengan persembahan busking dakwah yang menampilkan Saudara Kamaruzaman Hussin atau lebih dikenali sebagai Man John sebagai teraju utama bersama kumpulan beliau.

Usai busking, hadirin mendengar ucapan pimpinan PAS kawasan, LAr Tuan Haji Fauzi yang juga merupakan aktivis serta tokoh masyarakat.

Dalam ucapannya, beliau menarik minat pengunjung dengan menyatakan kesediaan PAS memerintah negara bersama jentera di dalam Gagasan Sejahtera.

“Kita telah menawarkan beberapa produk terbaik untuk diteliti oleh rakyat iaitu Dokumen Hijau, WINS dan idea kerajaan teknokrat yang menunjukkan kesediaan PAS untuk mengambil alih negara ini.

“Kita juga membawa 20 tawaran utama manifesto yang sewajarnya diterima oleh rakyat Malaysia ke arah membina negara yang lebih sejahtera,” ujar beliau.

Para pengunjung menunjukkan reaksi positif terhadap kehadiran jentera dengan melaungkan takbir sebagai tanda sokongan terhadap seruan beliau.

Sebelum berakhir, Tuan Hj Fauzi dengan diiringi unit keselamatan mengunjungi gerai peniaga sambil mengedarkan risalah kepada mereka dan juga pengunjung.