Oleh: Haziq Dun
PADANG BESAR : Sebanyak 12 buah PASTI dalam Kawasan Padang Besar telah berentap dalam Sukan PASTI Kawasan Padang Besar (SUKPA) yang berlangsung di D’Futsal Centre pada 1 April yang lepas.
Pelbagai acara yang dipertandingkan, antaranya acara lari 50 meter dan 4 x 50 meter, futsal, bola jaring serta sukaneka.
Selain itu, acara waris juga turut diadakan untuk meraikan ibu bapa yang datang memberi sokongan kepada anak-anak.
SUKPA kawasan Padang Besar telah dirasmikan oleh Pengarah PASTI Negeri Perlis, Ustaz Asrul Aimran Abd. Jalil .
Anugerah PASTI terbaik sempena SUKPA 2018 telah dinobatkan kepada PASTI Darul Taqwa mankala anugerah PASTI Nurul Iman pula meraih johan Perbarisan Terbaik.