Oleh : Muhammad Hadi
ARAU : Sebanyak 11 buah PASTI akan berentap dalam Temasya Sukan PASTI Kawasan Arau yang akan berlangsung pada 8 April 2018 bertempat di Padang Kompleks Pendidikan MADI, Arau, Perlis.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, sebanyak empat acara permainan iaitu bola sepak, bola jaring, tarik tali dan sukaneka di samping Pertandingan Kontinjen Kreatif dan Cantik akan dipertandingkan.
Pengerusi PASTI Kawasan Arau, Abdul Hadi Halipah berkata, pihaknya kini sedang giat melakukan persiapan akhir sebelum bermulanya temasya berkenaan.
“Secara umumnya, semua gerak kerja utama temasya telah kita selesaikan dan kita berharap agar temasya sukan pada tahun ini akan berlangsung dengan baik dalam suasana penuh meriah,” katanya.
Pesuruhjaya PAS Perlis yang juga ADUN Sanglang, YB Mohd. Shukri Ramli dijangka akan menyempurnakan perasmian temasya itu nanti.