Home Berita PAS Selangor

Kenyataan Rasmi Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepang | Kebiadapan Ahli Parlimen Sepang 

6161
SHARE


Saya terpanggil untuk menyatakan rasa yang amat jelek dengan sikap biadap dan keceluparan mulut yang ditunjukkan oleh Ahli Parlimen Sepang, YB Mohamed Hanipa Maidin ketika membahaskan Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar 2018 pada sesi petang sidang parlimen semalam Khamis 29 Mac 2018. Kebiadapan dan keceluparan beliau tersebut bukan sahaja memberikan imej tidak baik kepada kemuliaan institusi Parlimen Malaysia, tetapi telah juga menghina Allah S.W.T dan agama Islam itu sendiri. Dengan sikap yang ditunjukkan itu, saya mewakili DPPK Sepang dan percaya seluruh anak muda Sepang berasa amat kesal dengan beliau yang sepatutnya menunjukkan sikap yang lebih profesional dan beretika sebagai seorang pemimpin Islam.

Disamping itu, DPPK Sepang juga bersyukur kepada Allah SWT kerana orang seperti beliau telah tidak lagi bersama dalam PAS. PAS tidak pernah mengajar ahlinya untuk bersikap dan berperangai biadap sedemikian. Saya cukup yakin dan percaya bukan sahaja ahli-ahli pemuda PAS Sepang yang telah melihat sikap beliau itu, tetapi seluruh pengundi Sepang dan rakyat Malaysia termasuklah para penyokong Pakatan Harapan sendiri telah melihat tidak senonohnya Yang Berhormat Sepang ketika menjalankan amanah sebagai wakil yang mewakili rakyat Sepang.

Dengan sikap yang sedemikian itu, YB Hanipa (jika dicalonkan semula bertanding) atau sesiapapun juga yang dicalonkan mewakili PH di kerusi Parlimen Sepang pastinya akan diajar secukup-cukupnya oleh pengundi Sepang dengan tidak akan memberikan undi kepada Pakatan Harapan dalam PRU ke-14 nanti.

DPPK SEPANG juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri yang telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin muslim dengan menegur kebiadapan dan keceluparan YB Hanipa tersebut dan mengajak beliau kembali untuk bersikap sebagai seorang muslim yang sejati dengan penuh adab dan berdiplomasi walaupun dibalas dengan segala macam perkataan buruk dan penghinaan. Inilah akhlak yang sepatutnya dimiliki oleh seorang pemimpin. Pemimpin sebeginilah yang akan ditawarkan oleh PAS kepada rakyat untuk dipilih pada PRU14 nanti.

Justeru itulah, undi para pengundi Sepang mestilah diberikan kepada PAS pada PRU ke-14 akan datang untuk memberikan peluang PAS merealisasikan Negeri Selangor Yang Sejahtera.

Akhirnya kepada YB Hanipa, beristighfar dan bertaubatlah!!! Dikesempatan hari Jumaat yang barokah ini, marilah hayati sabda baginda Nabi S.A.W:

وَ إِنَّ العَبْدَ لَيَتكلَّمُ بالكَلِمَةِ مِنْ سُخْطِ اللهِ لا يُلْقي لَهَا بالاً يَهوى بها فى جَهَنَّمَ

“Sungguh seseorang mengucapkan satu kalimat yang mendatangkan kemurkaan Allah, namun dia menganggapnya ringan, kerananya dia dilemparkan ke dalam api neraka”.

(HR. Bukhari no. 6478)

MOHD NAZWAN BIN SAIDI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepang
30 Mac 2018