Ramadhan Al Mubarak 1439H/2017 bakal menjelma.
PAS Labuan mengucapkan selamat menjalani ibadah Puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat di Labuan.
Bersempena Ramadhan Tahun ini dan seterusnya, PAS Labuan meminta pihak Perbadanan Labuan melaksanakan satu peraturan atau kawalan terhadap etika berpakaian kepada pengunjung pengunjung dan peniaga di bazar Ramadhan.
Dengan kuasa dan kapasiti yang ada pada Perbadanan Labuan maka PAS Labuan berpandangan : WAJIB PL melaksanakan inisiatif ini dengan penuh HIKMAH dan KEBIJAKSANAAN bagi mendidik masyarakat agar dapat membudayakan sikap memahami dan hormat menghormati antara satu sama lain.
PAS Labuan menggesa agar satu skuad PEMANTAU atau PENGAWAL bagi melaksanakan perkara ini. Pernah satu ketika dulu PL menempatkan beberapa orang petugas untuk memantau dan menasihati pengunjung pengunjung bazar Ramadhan agar menghormati kaum Muslim yang sedang menjalani ibadah puasa, cuma ‘pendekatan atau cara perlaksanaan kena perbaiki dan lebih berhemah’.
Kepada non muslim yang berpakaian skirt, seluar pendek, baju yang terlalu mendedah aurat WAJIB pihak berkuasa tempatan melarang atau dinasihati supaya tidak memasuki bazaar Ramadhan atau balik semula setelah menukar pakaian yang lebih sopan atas dasar menghormati kaum muslim yang sedang beribadah puasa di bulan Ramadhan Al Mubarak.
Mudah mudahan cadangan ini akan menjadi satu titik tolak ke arah keharmonian hidup bermasyarakat berbilang kaum di Pulau Labuan yang indah lagi permai.
PAS Labuan meminta pihak PL dapat mengusahakan satu garis panduan dan penguatkuasaan bagi mendidik masyarakat setempat untuk saling menghormati dan memahami batas-batas tatasusila antara satu sama lain.
Tujuan kita adalah untuk menjadikan masyarakat Labuan beradab, bersopan dan bertoleransi agar mendapat rahmat dan redha Allah.
Sekali lagi PAS Labuan menekankan agar perlaksanaannya mestilah dengan penuh sopan santun dan berhemah, bukan kasar, marah dan mengherdik, sebagaimana Islam itu sifatnya adalah ‘menasihati dan mendidik’ !
Menutup aurat hukumnya wajib sebagaimana berdasarkan firman Allah SWT:
Katakanlah kepada orang laki–laki yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allâh maha mengatahui apa yang mereka perbuat.” Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera–putera mereka, atau putera–putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allâh, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [Surah An-Nûr/24:31]
Sesungguhnya Al Quran itu diwahyukan kepada Nabi Muhammad adalah untuk menjadi petunjuk kepada seluruh umat manusia
(tidak hanya terbatas kepada Umat Islam sahaja)
Hadith Rasulullah menyatakan ;
‘Sesungguhnya Rasulullah (Nabi Muhamad) itu diutuskan adalah untuk menyempurnaan akhlak seluruh umat manusia’ (Tidak mengira keturunan,warna kulit serta bangsa sekalipun)
Semoga usaha kecil ini akan menjadi titik tolak kepada impak yang lebih besar dimasa hadapan.
Hadith Nabi SAW;
Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi (seolah olah) telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh jauh perjalanan. (Riwayat Muslim)
Siiruu A’ala Barakatillah
Daripada
PAS
Labuan.
25hb. Mei 2017
{jathumbnail off}