Home Berita PAS Terengganu

Jualan amal Ameerah jadi tumpuan orang Paka

1786
SHARE

Ameerah Paka telah mengadakan Jualan Amal dengan kerjasama NGO PAPISMA dan Astana Optometry bertempat di Pasti At-Tajdid Kuala Paka, pada Sabtu lepas 10 Mac 2018.

Jualan amal bertujuan menjana pendapatan untuk PRU-14 disamping membantu golongan yang kurang berkemampuan serta memperkenalkan Ameerah kepada masyarkat setempat.

Barang jualan diperoleh hasil daripada sumbangan orang ramai seluruh Malaysia yang memberi kerjasama menjayakan program ini.

Barangan yang diterima sebagai sumbangan seperti peralatan rumah, barangan eletrik, permainan kanak-kanak, peralatan dapur, aksesori wanita serta pakaian.

Selain itu, pemeriksaan kesihatan, gigi dan juga mata secara percuma disediakan oleh PAPISMA dan Astana bagi memeriksa tahap kesihatan penduduk setempat.

Adlin Fazlina binti Mohammad, Ketua Ameerah Paka menyatakan rasa syukur kerana mendapat sokongan yang menggalakkan daripada para penyumbang serta memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Ameerah Paka juga mengharapkan dapat meneruskan program ini di masa akan datang seterusnya memberi impak yang besar kepada golongan yang memerlukan.