Perparitan Tidak Urus Dengan Baik
TAPAH: Pengurusan sistem perparitan yang tidak diselia dengan baik akan memberikan kesan kepada masyarakat setempat terutamanya pada musim hujan.
Salah seorang AJK Dewan Muslimat PAS Tapah, Salmah Latiff telah meninjau kawasan Kampung Pasir Daerah Masjid Tapah ternyata parit dibiarkan tanpa diselenggara dengan baik, 5 Disember lalu.
Tumbuhan yang hidup dalam kawasan parit boleh menyebabkan limpahan air meningkat sehingga mengakibatkan banjir.
Menurut beliau, pihak berkaitan perlu memberikan perhatian dan boleh menyelia lebih awal agar dapat mengelakkan dari insiden yang tidak diingini dari berlaku.
Katanya lagi, parit tersebut berada di antara laluan utama masyarakat setempat maka jika berlaku limpahan air ia akan merencatkan perjalanan kehidupan seharian.
Kemudahahan dan infrastruktur kawasan luar bandar perlu diberikan perhatian serta sentiasa dipantau kerana apabila berlaku banjir atau selainnya akan menyukarkan bantuan sampai dengan kadar segera.