Home Berita PAS Perak

Cakna Isu Rakyat I Gagal Selenggara Longkang Punca Banjir Kilat 

1619
SHARE
Gagal Selenggara Longkang Punca Banjir Kilat
TAMBUN: Aduan dari warga penduduk tempatan terutama penghuni taman berdekatan dengan kawasan perindustrian Chepor berkaitan kes banjir kilat yang kerap berlaku akibat dari longkang besar kerana gagal diselenggara sebaiknya.
Tinjauan Ketua Pemuda PAS Tambun, Ustaz hafez Sabri ke tapak tersebut untuk melihat sendiri keadaan yang berlaku dan berusaha membantu penduduk dengan beberapa pelan tindakan agar isu itu mendapat perhatian pihak berkaitan.
Menurut Hafez banjir kilat yang sering berlaku melibatkan lokasi seperti Taman Desa Chemor Impian, Taman Desa Chemor Sejahtera, Taman Desa Chemor Makmur, Taman Desa Chemor Setia, Tamn Desa Chemor Sri Kuang dan Taman Chepor Damai.
Katanya, perkara demikian perlu diselesaikan segera oleh pihak berwajib kerana aduan telah disuarakan banyak kali oleh penduduk setempat tetapi masih belum ada tindakan bagi menyelesaikan krisis tersebut.
Jelas beliau antara faktor lain yang bakal dihadapi oleh masyarakat seperti laluan jalan utama penduduk sekitar 6 buah taman terganggu akibat banjir kilat dan penduduk terpaksa menggunakan jalan jauh untuk sampai ke rumah mereka.
“Kemungkinan besar berlaku masalah pembiakan nyamuk Aedes  dalam air kotor yang bertakung akibat longkang  tidak diselenggara itu tersumbat serta longgokan sampah sarap hingga mengakibatkan longkang tersumbat.
“Permukaan jalan utama laluan penduduk setempat juga mengalami kerosakan bahkan membahayakan nyawa pengguna yang menggunakan laluan untuk urusan seharian,” ujarnya.
Ustaz Hafez berpeluang bertemu dengan Pengarah Sin Thai Seng Pottery SDN BHD, Tan Chiew Seng yang merupakan pemilik tanah ditepi jalan utama lokasi tersebut.
Beliau telah berjanji untuk bersihkan dan memperbaiki kawasan longkang di hadapan tanah miliknya yang menjadi punca air naik ke jalan utama.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Desa Chemor Impian, Kamarul Al-Walid memaklumkan isu sebenar dan keresahan penduduk setempat akibat masalah yang timbul kepada Ketua Pemuda PAS Tambun itu.
Ustaz Hafez mengucapkan tahniah atas kesungguhan beliau mewakili penduduk setempat dalam usaha menyelesaikan masalah ini.
Harapan beliau agar pihak berwajib yang bertanggungjawab untuk segera bertindak bagi kebajikan penduduk setempat.