Gunting Rambut Percuma Raikan Persediaan Sekolah Sesi 2018
TRONG : Beberapa hari menjelang permulaan sesi persekolahan 2018 , Majlis Tindakan DUN ( MTD ) Trong buat julung kalinya berjaya menganjurkan Program Amal Gunting Rambut kepada murid sekolah bertempat di Kedai Makan Kak Nah , Pekan Trong.
Program ini telah dijalankan pada 31 Disember yang lalu melibatkan penyertaan pelajar sekolah berumur 7 tahun hingga 12 tahun.
n
Pengarah Program , Tuan Haji Zainudin Hamzah , berkata program yang tidak dikenakan sebarang bayaran itu bertujuan membantu meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan.
“Alhamdulillah, Jawatankuasa MTD Trong bersyukur program ini mendapat sambutan apabila ramai ibu bapa menghantar anak mereka menggunting rambut secara percuma ini.” katanya yang juga Pengarah MTD Trong.
Program yang turut dihadiri oleh YDP PAS Bukit Gantang , Ustaz Muhammmad Faisal Abdul Rahman itu telah bermula dari pukul 9 pagi hinggga pukul 12 tengahari dengan menggunakan khidmat beberapa orang tukang gunting professional.