Ucapan yang dikatakan amanat TGHH di Masjid Banggol Peradung, Terengganu pada tahun 1981, masa tu usia saya baru 16 tahun.
Umno mainkan isu ini, kononnya PAS kafirkan umno dan umno tudoh bahawa PAS mengatakan siapa yang tidak bersama PAS sebagai kafir.
Oleh kerana mufti pada ketika itu berdiam, Mahadir dalam tuduhannya turut mengheret para mufti kononnya PAS juga menuduh para Mufti jadi kafir dengan sebab tidak bersama PAS.
PAS tidak pernah kata begitu, TGHH dalam ucapannya itu tidak sedikitpun menyebut sedemikian, yang menyebutnya adalah Mahadir, hampir setiap kali hampir PRU pasti Mahadir akan mainkan isu ini, walaupun dia bukan PM lagi.
Sekali lagi Mahadir heret mufti yang kononnya pula bersalah kerana diam dan tak buat kerja dalam isu amanat TGHH sehingga berlakunya tindakan ekstrim peristiwa Memali.
Mahadir suka sangat kalau dia dikafirkan kerana dia boleh guna sebagai isu. Sebab itu tiada isu lain yg dimainkan oleh Mahadir, hinggakan sejurus selepas dia kononnya minta maaf pun dia kembali panaskan isu amanat.
Dari dulu dia menjaja fitnahnya dan inilah juga jajaan juak2nya, sehinggakan seorang menteri bukan Islam, Dato Seri S Samy Vellu dalam ucapannya di sebuah Sekolah di Pekan mendakwa bahawa “PAS kafirkan dia”.
Mahunya Mahadir PAS kafirkan dia dan kafirkan semua orang yang tidak bersama PAS. Supaya boleh jadi isu untuk rakyat menolak PAS, dia lebih rela dituduh kafir demi mendapatkan undi simpati utk raih kemenangan.
Namun apa yang sebenar dari isu amanat itu bukannya isu kafir mengkafir tapi isunya ialah ada orang “minta dikafirkan”.
Yb. Ust Rosli Jabar
Pesuruhjaya Pas Pahang
Adun Tanjung Lumpur