ARAU : Jabatan Amal Perlis telah menganjurkan Program “Amal Charity Ramadhan” melalui Skuad Kebajikan jabatan tersebut bagi mengumpulkan sumbangan serta bantuan dalam bentuk makanan untuk disalurkan kepada golongan memerlukan.
Program tersebut diadakan di Pasaraya C-Mart bermula jam 10pagi sehingga 10malam.
Pengarah Jabatan Amal Negeri Perlis, Saudara Amirul Jufri bin Mat Saman berkata, sumbangan yang diterima disalurkan dengan pelbagai kaedah bagi memastikan matlamat program ini tercapai.
“Kita amat berbesar hati kerana orang ramai semakin peka dan prihatin terhadap golongan memerlukan dengan menyalurkan sumbangan kepada Jabatan Amal Perlis”.
Skuad kebajikan ini berjaya mengumpul sejumlah besar barang makanan seperti beras, gula, susu, biskut, minyak masak serta pelbagai lagi keperluan makanan daripada pengunjung pasaraya, badan-badan korporat dan individu yang ingin menghulurkan bantuan dan melakukan amal jariah.
Program “Amal Charity Ramadhan” masih diteruskan dan pihak Jabatan Amal Perlis berharap dapat mengumpulkan lebih banyak lagi sumbangan dan bantuan untuk diagihkan sepanjng Ramadhan ini.
Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke Akaun Maybank 559012315358 atau Muamalat 09010002645714 atas nama Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis.Sebarang persoalan boleh terus hubungi Amirul Jufri 019-528 6924 atau Khalil 019-550 3161.
{jathumbnail off}