Oleh: MOHD SAHIBUL SAHBUDIN
TEMERLOH: PAS Majlis Tindakan Dun (MTD) Lanchang telah menjalankan ziarah dan pemeriksaan kesihatan melibatkan beberapa keluarga di sekitar Felda Lakum, di sini hari ini.
Ziarahdiketuai Pengarah MTD Lanchang, Hasan Omar.
Program mingguan PAS Lanchang itu bertujuan membantu pesakit-pesakit yang kurang upaya dan tidak berkemampuan untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan rawatan di klinik.
Lebihdikenali sebagai Ziarah Medik, program itu juga mensasarkan pesakit-pesakit golongan warga emas yang mengalami masalah kencing manis dan darah tinggi.
“Kitamengharapkan Ziarah Medik ini mampu memberikan semangat kepada mereka dan melangsungkan kehidupan dengan lebih sihat dan selesa,” kata Hasan yang juga Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Temerloh. – HARAKAHDAILY 30/12/2017