Home Berita PAS Pahang

PAS Pahang | Edaran Kalendar Dekati Masyarakat

1540
SHARE

Kuantan, 26 Disember – Pas Dun Tg. Lumpur berjaya mengedarkan lebih 700 keping kalendar 2018 secara percuma petang tadi.

Aktiviti mengedar kalendar dengan kerjasama Pejabat Khidmat Masyarakat Adun Tg. Lumpur tadi dibuat sekitar Pasar Malam Peramu.

Encik Sulong, Setiausaha Pas Dun Tg. Lumpur berkata, “Edaran kalendar tahun baru ini antara aktiviti tahunan pada setiap hujung tahun kepada seluruh rakyat dan masyarakat sekitar Dun Tg. Lumpur.”

Katanya lagi aktiviti mengedar kalendar ini juga dapat mendekati masyarakat terutamanya di tempat-tempat awam seperti pasar malam, pasar pagi dan lain-lain.

Pelbagai aktiviti bagi mendekati masyarakat disusun khusus untuk masyarakat Dun Tg. Lumpur bersama YB Adun sendiri bagi memenangi hati rakyat untuk mempertahankan kemenangan Pas di Dun Tg. Lumpur pada PRU14 nanti.