Home Berita PAS Selangor

Program Back To School Sesi 2018 DUN Paya Jaras

1769
SHARE

PAYA JARAS  :  Program Back To School Sesi 2018 dirasmikan oleh YB Mohd Khairuddin Bin Othman, ADUN Paya Jaras. Back To School adalah program tahunan bagi setiap DUN di Negeri Selangor semenjak 2008 yang lalu. Ini adalah suatu usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk meringankan beban rakyat Negeri Selangor.

        
Back To School Sesi 2018 anjuran Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Paya Jaras. Ini adalah Program Merakyatkan Hasil Selangor untuk dinikmati oleh rakyat Negeri Selangor.

        

Sambutan di DUN Paya Jaras amat menggalakkan dan suasana meriah sekali. Sumbangan tersebut disampaikan oleh YB Khairuddin kepada penerima yang hadir pada Program Back To School Sesi 2018. Semoga penerima-penerima dapat memanfaatkan pemberian Kerajaan Negeri Selangor.