Saya pernah menjadi murid dan pernah menjadi guru, pernah dirotan sewaktu menjadi murid dan pernah merotan sewaktu menjadi guru, jika dulu saya dirotan guru kerana nakal dan saya pula merotan murid kerana mereka nakal.
Saya faham kenapa saya dirotan dan saya juga faham kenapa saya merotan murid. Saya dihukum kerana guru saya tidak mahu saya mengulangi kesilapan dan saya menghukum murid saya juga kerana saya tidak mahu ia mengulangi kesilapan.
Setelah kesilapan gagal dibetulkan dengan nasihat dan peringatan maka hukuman adalah antara caranya, apabila murid yang melakukan kesilapan tidak boleh ditegur dan dihukum, akhirnya kesilapan dan kesalahan itu akan berterusan.
Saya dengan ini menyatakan sokongan terhadap Cikgu Azizan yang akan berhadapan tindakan saman oleh ibubapa murid yang dihukumnya, semoga Allah swt kurniakan ketabahan kepada beliau dan juga kekuatan untuk beliau meneruskan usaha dan perjuangan mendidik anak bangsa.
Kami akan sentiasa menyokong Cikgu Azizan kerana saya faham dengan kerjaya seorang guru, apatah lagi dizaman ini, didalam dada saya ada ilmu yang mengalir dari dada guru saya , entah siapalah saya tanpa guru yang mendidik dan menghukum apabila saya
YB Ustaz Rosli bin Abdul Jabar
Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang