Oleh: Noor Sara Mashitoh
KANGAR : Kerajaan Negeri Perlis diharap tidak menjanjikan projek pembangunan sekadar mahu menagih simpati rakyat pada pilihan raya umum (PRU) tidak lama lagi.
Adun Sanglang, Mohd Shukri Ramli berkata, banyak perancangan projek besar disebut Menteri Besar ketika membentang Belanjawan Perlis 2018 Selasa lepas.
“Saya bimbang apa yang disebut pada ucapan Bajet 2018 hanya sekadar janji untuk menarik simpati rakyat terus mengundi Umno dan Barisan Nasional,” katanya pada persidangan DUN semalam.
Selasa lepas Datuk Seri Azlan Man berkata, beberapa projek besar akan dilaksana di Perlis termasuk Projek Koridor Maritim Perlis di Kuala Sanglang.
Mohd Shukri berkata, janji projek pembangunan itu hendaklah dilaksanakan bagi manfaat rakyat dan bukan sekadar janji pilihan raya semata-mata. – HARAKAHDAILY 14/12/2017