Saya menjemput tuan-tuan dan puan-puan ke Program HARAP-OGU 3.6 yang bakal berlangsung di Jalan Batu 24, Pekan Kuala Berang bermula pada hari ini Khamis 18 Mei sehingga Sabtu 20 Mei. Anda semua insyaAllah akan dihidangkan dengan pelbagai program kesedaran bagi melihat dunia politik Malaysia yang sedang mengalami kesakitan akibat perbuatan tangan-tangan Umno dan sekutunya yang menjarakkan pemerintahan negeri dan negara daripada Islam. PAS dengan penuh kesedaran dan bertanggungjawab, mengajak rakyat sekelian mengubah minda bagi memberikan kepercayaan kepada Islam untuk memerintah Tetengganu.
Di bumi Kuala Berang yang indah ini, Allah telah mentaqdirkan pada suatu waktu dahulu, telahpun dijalankan hukuman Allah, membuktikan bahawa hukuman Allah ini universal, telah tersebar ke seluruh alam, bukan terperap dan sesuai bagi orang arab sahaja seperti dakwaan pembenci Islam.
Anda juga boleh melihat sendiri monumen-monumen di Tasik Kenyir yang membaham duit rakyat, tinggal terbiar kerana tiada rasa tanggungjawab oleh pimpinan Umno. Mereka hanya mahukan projek, dan selebihnya tiada mereka hiraukan.
Oleh itu sangat bersesuaian untuk kita rakyat Terengganu merenung kembali kesilapan kita memberi undi kepada Umno yang kemudiannya melakukan kejahatan kepada rakyat pula. Semoga Islam yang PAS bawakan, alan menyelamatkan negeri ini dari Umno meneruskan kerja-kerja tidak amanah mereka insyaAllah. Jom ke HARAP-PGU 3.6. InsyaAllah Kuala Berang bakal menjadi saksi perubahan anda lakukan di negeri Tetengganu yang kita cintai ini.
Saya insyaAllah akan berkuliah maghrib di tapak Harap malam ini, Khamis 18 Mei.
YB Ustaz Moh Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
21 Syaaban 1438/18 Mei 2017
{jathumbnail off}