11 Disember, Kuala Lumpur : Ameerah Wilayah Persekutuan (WP) dengan kerjasama Dewan Muslimat serta Ameerah Kawasan seluruh Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Hi-Tea bagi mengumpulkan dana Pilihan Raya Umum kali ke-14. Inisiatif ini diambil dengan mengambil kira PRU yang akan tiba tidak lama lagi.
Di samping untuk mengumpul dana, Hi-Tea ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berpolitik dalam kalangan anak muda. Forum yang menampilkan tokoh-tokoh anak muda iaitu Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, IR Hj Khairil Nizam Khirudin dan Timbalan Pengarah Ameerah Malaysia, Puan Siti Nadirah Khalid telah disiarkan secara langsung di Facebook Page Ameerah Wilayah (Live Video Forum Hi-Tea).
“Manifesto untuk anak muda akan dilancarkan pada bulan Februari nanti”, terang IR Hj. Khairil apabila ditanya tentang manifesto anak muda.
Forum satu jam ini bukan sahaja untuk menarik anak muda menyedari kepentingan berpolitik. Malah ianya turut bertujuan untuk menarik sokongan anak muda kepada PAS khususnya dan mengundi dalam pilihan raya akan datang.