SUNGAI SIPUT: Kebajikan rakyat yang dibawa oleh PAS tidak membezakan sesiapa sahaja bahkan ia merangkumi semua. Pemuda PAS Sungai Siput telah mengadakan ziarah kebajikan dalam siri Jelajah Hijau 2.0 Pemuda PAS Perak yang melibatkan 5 Parlimen.
Antaranya, Kuala Kangsar, Sungai Siput, Gerik, Lenggong dan Padang Rengas yang diadakan serentak bahkan penerimaan masyarakat setempat sangat baik.
Melalui siri jelajah tersebut , pemuda dapat mengenali rakyat serta mendengar harapan mereka dan pandangan berkaitan masa depan negara terutama bagi masyarakat luar bandar.