PRINSIP PENDIDIKAN ISLAM: PRINSIP TAUHID
3 elemen utama (ALLAH, Manusia & Alam) yang tidak boleh dipisahkan apabila meletakkan tauhid sebagai prinsip pendidikan Islam.
1) ALLAH
Pendidikan Islam diawali dengan mengenal ALLAH. Pelajar mesti diperkenalkan, bahawa segala yang ada ini berasalnya dari ALLAH. Dia Maha Pencipta, tidak hanya mencipta, tetapi juga memmelihara, mengatur dan memberi rezeki. Semua yang ada ini tidak boleh lepas dari pergantungan dengan-NYA.
Walaupun manusia memenuhi kehendak jiwanya dengan segala macam kejahatan atau kemaksiatan, namun secara sedar atau tidak, diakui atau tidak oleh jiwa dan raga, manusia itu tetap memerlukan pergantungan kepada ALLAH.
Al-Quran menegaskan, bahawa alam semesta dan seluruh isinya diatur dan diurus oleh ALLAH:
يُدَبِّرُ ٱلْأَمْرَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ إِلَى ٱلْأَرْضِ ثُمَّ يَعْرُجُ إِلَيْهِ فِى يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُۥٓ أَلْفَ سَنَةٍ مِّمَّا تَعُدُّونَ
Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepada-Nya dalam satu hari yang kadarnya lamanya) adalah seribu tahun menurut perkiraanmu
(Surah As-Sajadah :32 ;5)
أَلَمْ يَرَوْا إِلَى الطَّيْرِ مُسَخَّرَاتٍ فِي جَوِّ السَّمَاءِ مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلَّا اللَّهُ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang diangkasa bebas. Tidak ada yang menahannya selain daripada Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang beriman.
(Surah An-Nahl :16 :79)
وَهُوَ الَّذِي أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ نَبَاتَ كُلِّ شَيْءٍ فَأَخْرَجْنَا مِنْهُ خَضِرًا نُخْرِجُ مِنْهُ حَبًّا مُتَرَاكِبًا وَمِنَ النَّخْلِ مِنْ طَلْعِهَا قِنْوَانٌ دَانِيَةٌ وَجَنَّاتٍ مِنْ أَعْنَابٍ وَالزَّيْتُونَ وَالرُّمَّانَ مُشْتَبِهًا وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ ۗ انْظُرُوا إِلَىٰ ثَمَرِهِ إِذَا أَثْمَرَ وَيَنْعِهِ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكُمْ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang korma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.
(Surah Al-An’am :6 ;99)
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Katakanlah: “Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Surah :3 ;26)
Ayat-ayat di atas membuktikan segala pengaturan ALLAH itu tidak hanya segala hal yang bersifat makro, tetapi juga bersifat mikro. Maka tidak ada persoalan yang terjadi di bumi dan langit yang terlepas dari pengaturan ALLAH.
وَمَا تَكُونُ فِي شَأْنٍ وَمَا تَتْلُو مِنْهُ مِنْ قُرْآنٍ وَلَا تَعْمَلُونَ مِنْ عَمَلٍ إِلَّا كُنَّا عَلَيْكُمْ شُهُودًا إِذْ تُفِيضُونَ فِيهِ ۚ وَمَا يَعْزُبُ عَنْ رَبِّكَ مِنْ مِثْقَالِ ذَرَّةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَلَا أَصْغَرَ مِنْ ذَٰلِكَ وَلَا أَكْبَرَ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ
Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu ayat dari Al Quran dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu di waktu kamu melakukannya. Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarrah (atom) di bumi ataupun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar dari itu, melainkan (semua tercatat) dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh). (Surah Yunus :10 ;61)
Mungkin secara ilmiah sukar untuk membuktikan dan menerima kenyataan di atas. Sebab, secara ilmiah memang tidak terlihat kaitan brurng terbang di udara dan tumbuh-tumbuhan kaitannya dengan ALLAH. Burung boleh terbangdan tidak jatuh ke bumi, kerana ada unsur pada burung yang boleh menahan daya graviti. Sedangkan tumbuh-tumbuhan boleh hidup pula kerana ada air dan udara. Persoalannya , siapa yang mencipta sitem ini?Sehingga meampakkan pergantungan burung terbang dengan daya graviti dan tumbuh-tumbuhan pergantungannya dengan air dan udara. Jawapannya, semua sistem ini berakhir kepada ALLAH dan bergantung kepada-NYA
أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا ۖ وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ ۖ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ
Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?
(Surah Al-Anbiya :21 ;30)
Ayat di atas menggambarkan pergantungan makhluk hidup terhadap air. Pergantungan itu juga merupakan satu sistem yang ALLAH cipta. Jika ALLAH menghendaki sistem itu berubah, sistem itu pun akan berubah. Maka atas kehendak-NYA selalu kita bertemu kejadian di luar jangkaan manusia atau tidak masuk logik akal.
Oleh kerana pendidikan itu dibangunkan atas dasar tauhid, maka segala kegiatan yang berkaitan dengan pendidikan mesti berawal dari ALLAH. Visi dan misi sebagai pedoman pengurusan, diatur dan dirumuskan berdasarkan keimanan kepada ALLAH. Demikian pula proses penyelenggaraan pendidikan tersebut, semuanya mesti berpaksikan tauhid dan berorientasikan kepada tauhid atau pengukuhan iman.
bersambung
Ust Mohamad Razali Saari
Pengerusi
Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) At Ta’alim
Sungai Besar