POKOK MACHANG, 19 Mei 2017 – Madrasah Nuqaba anjuran Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang berjalan baik dengan jayanya.Program berlangsung di Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang.
Pertemuan ini diadakan bagi menyeleraskan gerak kerja usrah ke arah lebih tersusun dan melahirkan nuqaba yang berkompetitif yang mampu membentuk amilin atau pengerak yang mempunya fikrah yang jelas dan berdaya saing. Majlis diisi oleh Al-Fadhil Ustaz Rijaluddin Yahya yang juga merupakan Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pulau Pinang.
Antara point menarik yang disampaikan oleh beliau adalah naqib hendaklah sentiasa melalui proses penarbiyahan yang berterusan dalam aspek amal jamaie dan amal ijtimaie. Apabila proses penarbiyahan itu berterusan, maka nuqaba itu mampu membina anak usrah yang berdaya saing untuk membuat perubahan terhadap pemikiran dan hati masyarakat. Ia juga selari dengan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) yang dianjurkan oleh PAS.
Antara perkara yang perlu dalam melakukan taghyir (perubahan) adalah dengan memahami fiqh keutamaan dengan jelas, sentiasa mendekati al-quran dan Sunnah, menghidupkan taqwa di dalam masyarakat, mengajak kepada perubahan kepada al-khair, optimis dengan masa depan ummah serta yakin dengan janji Allah S.W.T.
Antara 10 kaedah yang diperkenalkan oleh Syeikh Juma’ah Amin dalam kitab karangan beliau iaitu fiqh dakwah adalah Al-qudwah qabla dakwah ( menjadi qudwah sebelum berdakwah ), Ar-Ta’lif qabla ta’rif ( menjinak dan mengikat hati sebelum memperkenalkan ), At-ta’rif qabla taklif (memperkenalkan sebelum member tugas ), At-tadarruj fi taklif ( bertahap dalam memberikan tugasan ), At-taisir la ta’sir ( memudah bukan memayah), Al-Usul qabla furu’ ( memulakan yang pokok sebelum cabang ), At-targhib qabla tarhib ( member harapan bukan ancaman), At-tafhim la al-talqin ( memberi kefahaman bukan menyampaikan semata-mata), at-tarbiyah la at-ta’riyah ( pendidikan bukan menelanjangi keburukan) serta Tilmizu imam la tilmiz kitab ( murid kepada guru bukan murid kepada buku).
Majlis berakhir dengan pemberian watikah pelantikan pada nuqaba Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang bagi sesi 2017 – 2019. Pemberian watikah disampaikan sendiri oleh Al-Fadhil Ustaz Rijaluddin Yahya yang juga merupakan Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pulau Pinang.
{jathumbnail off}