Home Berita PAS Perak

Berita l PAS Perak Persiapkan Jentera Kempen PRU

1812
SHARE

TAIPING: Kursus Pengurusan Pasukan Kempen PRU 14 dibawah kendalian ILPAS Perak berjaya mengumpulkan sekitar 200 peserta seluruh Perak yang terdiri dari jentera PAS telah berlangsung di Markas Tarbiyyah PAS Perak, di Kampung Air Kuning, di sini, 26 November lalu.

Peserta prgram telah didedahkan tentang strategi kempen dan kepentingan media baru dalam persiapan menghadapi pilihan raya akan datang.

Dua panel jemputan telah diundang bagi berkongsi pengalaman serta maklumat berkaitan terutama pelan tindakan pasukan kempen calon bagi memastikan setiap misi pembawaan PAS dirasai oleh pengundi.

Pengarah ILPAS, Dr Wan Nik Wan Yusof dan AJK Unit Multimedia dan Media Baru; Mohd Afifi memberikan pengisian yang menambahkan untuk menambahkan pengetahuan untuk mempersiapkan jentera sebaiknya.

Menurut Pengarah Kursus, Monen Abdullah berkata program tersebut direncanakan bagi dengan beberapa lagi bentuk pengisian akan datang kerana keperluan seluruh jentera semakin berada pada tahap siap siaga.

Beliau menyatakan dalam tempoh terhad yang ada, segala bentuk teknikal dan perancangan gerak kerja sudah mula diaktifkan bahkan seluruh tenaga dikerahkan semaksima mampu.

Jelas Monen, pasukan kempen antara entiti penting bagi memperkenalkan calon serta memastikan setiap pengundi di parlimen dan dun mengenali calon PAS.