Titiwangsa, 26 November 2017 – Suasana meriah dengan cuaca yang mendung tidak melemahkan semangat petugas-petugas dalam program Simulasi Pilihan Raya Umum ke 14 yang dianjurkan oleh PAS Wilayah Persekutuan.
Bermula dari 7.30 pagi petugas-petugas dari seluruh 10 kawasan pilihan raya di Wilayah Persekutuan telah hadir bersama-sama melaksanakan segala urusan pilihan raya yang mereka pelajari semasa kursus-kursus yang telah mereka ikuti terdahulu.
Kemeriahan suasana yang dirasakan seolah-olah hari pengundian sedang berjalan lancar disaksikan oleh penduduk tempatan tanpa sebarang gangguan.
Seluruh perjalanan program dipantau rapi oleh Pengarah Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan Saudara Izamuddin Ludin bersama-sama Pengarah-Pengarah Jabatan Pilihan Raya Kawasan-Kawasan.
Turut hadir beberapa orang Yang Di Pertua Kawasan serta Ahli-Ahli Badan Perhubungan Wilayah.
Keputusan pengundian yang diisytihar bahawa PAS berjaya menawan Parlimen Titiwangsa dengan majoriti yang agak selesa.
Petanda ini diharapkan dapat diulangi semasa PRU 14 akan datang.