APA YANG PERLU KITA FAHAM TERHADAP KRISIS DI TIMUR TENGAH.
“Sesungguhnya di belakang propaganda ke atas isu ekstrimisme adalah usaha bagi menjayakan strategi jahat yang tersembunyi. Projek tersebut berfungsi melakar peta baharu bagi Timur Tengah sekaligus menggantikan peta lama yang telah terlakar melalui perjanjian Sykes Picot dahulu.
Demi menjayakan agenda jahat itu, maka diapi-apikan krisis kaum, agama dan konflik mazhab. Justeru berlakunya perang proksi yang pasti menyumbang kejayaan buat pihak Zionis yang bercita-cita melebarkan rancangan Israel Raya mereka.
Pada masa yang sama, senario tersebut menyumbang keuntungan ekonomi kepada Amerika dan pakatan negara Barat. Mereka menjual senjata-senjata mereka kepada pihak-pihak yang cuba melindungi kepentingan politik, ekonomi dan ketenteraan masing-masing. Begitulah terlakarnya peta berdarah.
Apakah tidak ada di kalangan kamu yang mengerti ini semua wahai saudara-saudara Arab dan kaum muslimin?
Barangkali para ulama’ tidak membaca maklumat-maklumat ini dek kerana sibuknya mereka mendalami kitab-kitab, hingga tidak melihat fiqh realiti semasa”
*petikan dari buku ‘Islam & Kaitannya Dengan Isu Ekstrimisme’ oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi B Awang.
Abdul Mu’izz Muhammad
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang
26 November 2017