KUALA TERENGGANU – Komitmen dan persiapan PAS Terengganu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, cukup menyakinkan apabila mengumumkan lima manifesto awalnya.
Jelas sekali, ia telah menggerunkan ‘musuh’ apabila Pesuruhjayanya, Ustaz Satiful Bahri Mamat turut melancarkan janji pilihan raya dengan tema ‘Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera’,
Samada musuh tradisi Umno atau DAP dan sekutunya, jelas menzahirkan ketakutan masing-masing dengan menabur fitnah, sehingga merekayasa ‘manifesto tipu’ yang menokok tambah idea tulin PAS, bertujuan untuk memesongkan perhatian rakyat.
Menurut ADUN Paka itu manifesto awal tesebut ditawarkan kepada rakyat bagi sama-sama membuat perubahan ke arah yang lebih baik.
“Kita (PAS) melancarkan lima manifesto awal untuk janji kita kepada rakyat negeri Terengganu Darul Iman. Khususnya, dari kalangan pemuda-pemuda yang berani membuat perubahan ini.
“Tema untuk kita semua bergerak dan menjanjikan manifesto kita sempena menghadapi PRU ke-14.
“Tema yang akan menjanjikan halatuju dan hasrat kita bersama, harapan untuk rakyat negeri Terengganu. Harapan kita bersama untuk memandu kita bersama manifesto yang akan menjanjikan lebih keselesaan kepada rakyat, Insya’Allah,” jelasnya.
Namun kerana hasad dengki dan tidak mampu berhujah, musuh-musuh PAS mencipta kepalsuan dengan memuatnaik yang mereka dakwa sebagai Manifesto Ke Sebelas, yang berbunyi RM300 Sebulan Bagi Rakyat Terengganu Berpendapatan RM3000 Ke bawah’.
Tanpa segan silu, ‘lidah hitam’ dibawah pentadbiran Menteri Besar ‘Terengganu Times’ menyiarkan fitnah satu lagi kejahatan dengan penipuan yang berbunyi ‘PAS Terengganu Lancar 5 Manifesto ‘AUDI’ PRU 14.
Sebaliknya, walaupun sudah terang lagi bersuluh perbuatan tangan-tangan jahat musuh itu, Ketua Penerangan PAS Terenggganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, hanya tersenyum, puas.
Beliau menyifatkan, ia adalah kejayaan awal PAS bagi meraih sokongan rakyat Terengganu, apabila Umno, BN, DAP dan sekutunya, menyebakna fitnah.
“Alhamdulillah…..kita dapat promosi percuma,”kata beliau bersahaja.
Menurutnya, lima manifesto awal yang yang tulin diumumkan pada Sabtu lalu ialah, pertama, memastikan setiap rakyat Terengganu berumur 21 tahun memiliki satu lot tapak rumah atau satu unit rumah kediamannya.
“Kedua, membuka permohonan tanah baharu serta memberi geran kekal. Ketiga, peruntukan caj wad kelas ketiga percuma di semua hospital kerajaan.
Keempat, peruntukan RM300 untuk pemuda dan pemudi mendapatkan lesen motosikal dan kelima, karnival kahwin kali pertama percuma setiap DUN di seluruh negeri Terengganu,”tegasnya.
1/3/2017
{jathumbnail off}