Home Berita PAS Pulau Pinang

Ceramah Makan Malam Menuju PRU 14 Meriah

831
SHARE

Majlis Makan Malam  dan Ceramah Perdana anjuran Jabatan Pilihanraya PAS Pulau Pinang berlangsung di Markaz Tarbiyah PAS Pulau Pinang, Pongsu Seribu, Pulau Pinang pada 14 Mei lalu berjalan dengan baik dan mendapat sambutan memberansangkan.

Kehadiran dianggarkan dalam 500 orang yang hadir.

Ceramah perdana ini disampaikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin.

Turut hadir adalah Ustaz Muhammad Fauzi Bin Yusoff (Pesuruhjaya PAS Negeri), Saudara Bukhori Hj.Ghazali (Pengarah Pilihanraya PAS Negeri), Saudara Asokan (Ketua Dewan Himpunan PAS Pulau Pinang), Ustaz Yusni Mat Piah (Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang) serta Ir Ahmad Rafaie Bin Dato Ir. A Rashid (Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang).

Antara kalam menarik yang disampaikan oleh Mursyidul Am pada penduduk yang hadir adalah Mursyidul Am mengesa kita berpolitik secara matang dan bukan secara jahiliyah yang ada sekarang. Mursyidul Am juga menyeru pada rakyat untuk memberi peluang pada PAS untuk membuat perubahan di Pulau Pinang.