Peranan Masjid Mampu Bangunkan Modal Insan
Oleh: Zulhafeez Ahmad Zahidi
IPOH: Peruntukkan RM 10 juta yang diberikan bagi pembinaan baru dan baik pulih masjid dan surau adalah satu usaha baik namun persoalannya bagaimana pula bentuk pengurusan masjid.
Pengurusan masjid berperanan bagi menyampaikan dakwah kepada masyarakat setempat agar insentif yang diberikan menjadi satu pulangan baik untuk pihak kerajaan.
Masjid mempunya dana yang banyak sehingga ada ratusan ribu maka berbelanjalah untuk kebaikan masyarakat tidak hanya disimpan dalam bank lalu beku di situ.
Perkara demikian dinyatakan Adun Gunong Semanggol, Ustaz Mohd Zawawi Abu Hasan ketika sidang media di sidang Dun Perak, 23 Disember lalu.
Jelasnya, apa yang dimaklumkan kepada wakil rakyat bila permohonan dibuat adalah peruntukan sudah habis walaupun permohonan itu telah dibuat di awal tahun lagi.
“Terdapat beberapa kes yang menunjukkan orang Islam sendiri tidak menunaikan solat Jumaat bahkan ia seakan-akan perkara ini menjadi kebiasaan tanpa merasai satu kesalahan dan berdosa dalam Islam.
“Sistem pengurusan masjid (SOP) masih tidak diselaraskan sehingga bahagian pengurusan masjid tidak tahu bentuk modul pengurusan malahan seolah-olah di kawal oleh kuasa politik.
“Pengurusan masjid dan pegawai masjid bukan perlu jaga masjid semata-mata tetapi menjaga ahli kariah masjid seperti hal ehwal jemaah yang berada dalam lingkungan setempat.
“Antara contoh permasalahan seperti isu keretakan rumahtangga, sosio ekonomi dan lain-lain sehingga menggugat akidah umat Islam,” tegasnya.
Menurut beliau, PAS berpandangan kerajaan negeri Perak perlu memperkasakan pelaksanaan enakmen syariah supaya pentadbiran negeri Perak sentiasa berada dalam keredhaan Allah SWT.
Katanya, peruntukan RM 6.15 juta bagi Jabatan Kehakiman Syariah dalam bajet Perak 2018 boleh dimanfaatkan dengan program-program penerangan kepada masyarakat supaya memahami intipati Islam dalam kehidupan terutama berkaitan Kesalahan Jenayah Syariah.
Beliau mengharapkan pihak kerajaan Perak perlu tegas memperkasakan hak orang-orang Islam terutama berkaitan pelaksanaan enakmen syariah bagi mengelakkan berlaku kerosakan moral sehingga umat Islam identiti sebenar.