Home Pedoman Haraki

Ikhlas (Siri 1)

1780
SHARE

RUKUN KEDUA IKHLAS

Imam Hasan Al-Banna berkata:
Apa yang aku maksudkan dengan ikhlas ialah: Setiap kata- kata, ‘amalan dan jihad saudara muslim demi Allah, untuk mencari keredaanNya dan ganjaran baik darinya, tanpa memandang kepada sebarang imbuhan, kemegahan, gelaran, terkemuka atau tidaknya. Dengan itu, ia menjadi seorang tentera (pengikut) demi fikrah dan ‘aqidah, bukannya pengikut demi kebendaan dan kepentingan. Allah Subhanahu wa Ta ‘ala befirman yang bermaksud: “Katakanlah olehmu: Sesungguh- nya salatku, ‘ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Tuhan alam semesta. Tidak ada sekutu bagiNya dan dengan yang demikian itulah aku diperintahkan ” (Al-An ‘am: 162). Justeru, seorang muslim itu memahami makna yang sering dilaungkan: “Allah adalah matlamat kita dan Allah Maha Besar dan bagi Allah segala pujian. ”

>Makna Ikhlas.

Ikhlas ialah melakukan ‘amalan hanya kerana Allah, menyucikannya daripada segala tujuan keduniaan. ‘Amalannya tidak bcrbaur kegelojohan hawa nafsu, mencari keuntungan, jawatan dan pangkat, kemasyhuran, atau inginkan kedudukan di kalangan manusia serta mengharapkan pujian mereka. Menjauhi segala celaan mereka, menuruti hawa nafsu yang tersembunyi atau kepincangan lain yang termasuk dalam kategori berkehendak kepada selain keredaan Allah pada ‘amalannya.
Ikhlas pada pengertian seumpama ini merupakan antara buah tauhid yang sempurna, yang mengEsakan Allah dalam ber’ibadah. Justeru riya’ (menunjuk-nunjuk) – lawan ikhlas adalah syirik kepada Allah.
Syidad bin Aus berkata: “Kami mengira riya’ adalah syirik kecil pada zaman Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam.”

>Dua Rukun Bagi ‘Amalan Yang Makbul.

Bagi setiap ‘amalan salih terdapat dua rukun, dan ‘amalan tidak diterima oleh Allah melainkan dengannya:

1. Ikhlas dan membetulkan niat.
2. Sejajar dengan sunnah dan syara’.

Rukun pertama dapat dilakukan apabila sejahteranya batin, manakala yang kedua dapat dilaksanakan apabila sahihnya zahir. Berkaitan rukun pertama, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:

إنما الأعمال بالنيّات

Sesungguhnya ‘amalan itu dengan niat.
(Fath Al-Bari)
Inilah dia neraca batin.
Manakala berkaitan dengan rukun yang kedua, Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:

من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو رد

Orang yang ikhlas itu sentiasa mendakwa dirinya cuai di sisi Tuhannya, dan lalai melaksanakan kewajiban, hatinya tidak terpedaya dengan ‘amalan dan tidak ujub dengan din sendiri. Bahkan la sentisa takut dosa-dosanya tidak diampunkan oleh Allah dan takutkan kebaikannya tidak diterima oleh Allah.
Sesetengah para salihin menangis sepuas-puasnya ketika
mengalami sakit. Bertanya sesetengah pelawatnya :
“Mengapa kamu menangis? Bukankah kamu seorang yang sentiasa bangun malam (qiyamullail) dan berpuasa, kamu orang yang berjihad, bersedekah, menunaikan haji dan umrah, mengajar dan berzikir? ” Beliau menjawab: “Tiada siapayang boleh memberitahuku sama ada semua ‘amalan itu diterima pada timbangan ‘amalanku, dan adakah ia diterima di sisi Tuhanku? Allah telah berfirman:

إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّـهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ

sesungguhnya Allah hanya menerima dari orang yangbertaqwa.
(Surah Al-Ma’idah: Ayat 27)