Bajet Perak 2018 : Mesra PRU Mengaburi Rakyat
1. Bajet Negeri Perak 2018 yang telah dibentangkan oleh Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abdul Kadir pada 21 November 2018 bagi pandangan PAS Perak ianya adalah BAJET MESRA RAKYAT DAN MESRA PRU
2. Melihat kepada peruntukkan dengan pembahagian PERBELANJAAN MENGURUS sebanyak Tujuh Ratus Lima Puluh Lima Juta, Lima Ratus Sembilan Puluh Tujuh Ribu, Tiga Ratus Sembilan Puluh Tiga Ringgit (RM755,597,393) dan PERBELANJAAN PEMBANGUNAN sebanyak Empat Ratus Dua Puluh Satu Juta, Dua Ratus Lapan Puluh Ribu Ringgit (RM421,280,000) perbelanjaan mengurus ternyata ia tidak seimbang.
3. Faktor tidak seimbang antaranya adalah terdapat banyak projek-projek sakit dan tergendala bahkan penumpuan yang diberikan kepada pembangunan infrastruktur sehingga tergendala usaha pembangunan modal insan seperti projek kuarters guru, pemulihan jalan, pembinaan hospital, projek Pam Kerian untuk menambah kapasiti air dan lain-lain.
4. Projek PAM Kerian dan Tebatan Banjir walaupun telah dilaksanakan tetapi masih berlaku kerosakan inilah yang memberikan impak kepada Perbelanjaan Pengurusan meningkat.
5. Kesan apabila ketandusan pembangunan modal insan seperti tiada modul pengurusan institusi masjid yang lebih efektif bahkan masjid tidak lebih hanya berperanan untuk menunai solat jemaah semata-mata.
6. Akhirnya wujud pelbagai gejala sosial seperti dadah, jenayah rompak, jenayah siber, perjudian haram, pelacuran bahkan tidak mustahil 9 Dragon juga ada di negeri Perak.
7. Seandainya tumpuan kepada Modal Insan diberikan perhatian maka rakyat dan masyarakat mampu menghargai setiap kemudahan serta tidak berlaku aktiviti yang merosakkan bangsa dan agama.
8. Negeri Perak merupakan penyumbang kedua sumber “Security Food “ selepas Kedah tetapi ia akan tidak menjadi faktor pertumbuhan ekonomi pada negeri Perak tetapi kita masih lagi mengimport dari negara
9. Kesesuaian infrastruktir tidak membantu kesejahteraan rakyat kerana beberapa lokasi yang disebutkan dalam bajet tidak menjadi lokasi tumpuan ataupun penggunaan utama masyarakat setempat.
ISU PERUMAHAN RAKYAT
10. Tawaran Rumah Mampu Milik yang diberikan oleh pihak kerajaan hanya mampu dilihat tidak dimiliki justeru cadangan PAS adalah Rakyat Mampu Memiliki Rumah dalam erti kata lain rakyat memiliki rumah dengan kaedah sukuk berbeza dengan Rumah Mampu Milik kerana pelaksanaannya tetap memberikan bebanan pada rakyat kerana proses pemilikannya juga begitu sukar tambahan kos sara hidup yang semakin meningkat.
11. PAS sendiri melalui Dokumen Hijau telah bersedia dengan cadangan tuntas bagi member solusi isu perumahan ini. Program Mampu Memiliki Rumah (Affordable Ownership) alternatif kepada Program Rumah Mampu Milik (Affordable Home) melalui pertama, Kaedah Musyarakah: Perkongsian Pemilikan bersama Kerajaan dengan Pembayaran Bertangguh dan kedua, Kaedah Sukuk Al Ijarah Melalui Perkongsian Pemilikan dengan Individu atau Organisasi diykini mmpu menyelesaikan isu perumahn rakyat ini.