Home Berita PAS Pulau Pinang

Penubuhan Khidmat Malaysia Peringkat Daerah Timur Laut

1447
SHARE

Oleh : Sarfaraz Ahmad Sungai Pinang, 21 November – Khidmat Malaysia Daerah Timur Laut, Pulau Pinang telah dipersetujui akan penubuhanya di dalam sesi diskusi atas talian yang telah berlangsung dengan baiknya antara wakil dari PAS Kawasan Jelutong, Tanjong serta Bukit Bendera. Skuad Khidmat malaysia ini juga adalah gabungan dari tiga kawasan iaitu PAS Kawasan Jelutong, PAS Kawasan Tanjong serta PAS Kawasan Bukit Bendera. Sarfaraz Ahmad, Ketua Penerangan PAS Kawasan Jelutong sempat memaklumkan berkenaan persiapan Khidmat Malaysia Daerah Timur Laut dalam ucapan beliau, “Kita sekarang dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi bencana banjir sepanjang November sehingga Mac tahun hadapan. Maka segala persediaan harus ada dalam mendepani bencana cuaca yang tidak menentu”. Khidmat Malaysia ditubuhkan bagi menyatukan semua arahan tugasan & pengurusan bagi menangani bencana kepada semua badan atau unit-unit dalam parti seperti Jabatan Amal Malaysia, Ameerah, ARC dan lain-lain. Khidmat Malaysia Daerah Timur Laut memohon sumbangan membeli peralatan bagi menyelamat mangsa banjir dan kerja-kerja pembersihan “Clean and Clear” untuk kegunaan bencana banjir kilat/lumpur di Pulau Pinang . Disertakan di sini nombor akaun bank untuk sumbangan dana peralatan yang diperlukan. BANK ISLAM : 07025010036809 – PENAMA : DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN TANJONG Pihak Khidmat Malaysia Daerah Timur Laut berbesar hati mengharapkan sumbangan dari pihak Tuan dan ribuan terima kasih di atas keprihatinan dan sumbangan yang diberikan.